Wednesday 27 April 2016

Trip No.1 - Hatyai by bus from Ipoh.

Assalamualaikum.

Hari Pertama

Trip pertama ke luar negara sepanjang hidup aku adalah Hatyai, Thailand pada December 2013 (3 hari 2 malam).  Perjalanan ni termasuk sekali ke Songkhla.  Susah jugak orang yang mabuk bas macam aku nak ikut tapi sebab teringin benar nak pergi oversea ikut jugak lah. Bayaran seorang waktu tu RM750 untuk tiga hari dua malam.  Tak termasuk makan dan minum, hanya untuk perjalanan dan hotel saja.


Bergerak dari Ipoh malam pukul9.00 malam dan solat Subuh di Bukit Kayu Hitam.  Memang tak tahu nak katalah waktu tu punyalah lemau, pening semua ada. 



 * Beratur untuk cop passport oleh imigresen di Bukit Kayu Hitam.

* Biasa pi Bukit Kayu Hitam pusing je sampai imigresen.
Terbayang jugak disebalik dinding ni apalah suasana nya
tak sangka dapat jugak tengok. ^_^


Jauh jugak ye dari Bukit Kayu Hitam sampai ke Hatyai. Di imigresen tu lah mereka pick up tourist guide. Serius kalau berjalan tanpa tourist guide tak berapa nak seronok walaupun dalam Malaysia. Kita pergi satu tempat tu mestilah nak tahu cerita disebalik sesuatu tempat tu betul tak? 

Hatyai ni seperti semua orang tahu terletak ni selatan Thailand.  Jarak antara Hatyai sehingga ke utara Thailand lebih daripada 1000km.  Bayangkan betapa jauhnya nak berjalan.   

Ada juga yang tak pakai passport. Depa pakai border pass je macam surat kita dapat waktu pi Sabah tu. Kena jaga sampai baliklah.

Mak dengan ayah pernah ikut naik bas dari Bukit Kayu Hitam sampai ke Chiang Mai selama seminggu.  Tapi mak kata selesa je sebab tandas kat Thailand bersih dan terjaga. Dalam bas pun ada tandas. Seronok jugak ye kalau dapat backpacking macam tu. 

Sampainya di Hatyai tengah hari, kami singgah kedai madu. Masuk-masuk je ke dalam kedai tu terus masuk ke bilik mereka terangkan pasal madu.  Pekerja muslim dan semua berbahasa Melayu okay. Haaa kat Hatyai ni tulah ramai orang sana boleh cakap Melayu. Jangan risau.


*Pintu masuk kedai madu

*Penerangan pun dalam bahasa Melayu je.

*Sabun diperbuat daripada madu. Bau wangi. Pakai dimuka dan badan
Harga tak ingat pulak berapa RM.



Kedai kedua kami singgah ialah kedai yang besar. Saya sendiri tak pasti nama kedai tapi memang tourist attraction jugaklah.  Macam-macam barang dijual kat situ lebih kepada handmade orang-orang Siam.  Kedai ni kena tengok-tengok jugak makanannya sebab bukan kedai Muslim.




*Nampak takbeg warna purple berjalur tu? 
Selamat menjadi milik kami. :D



Kedai ketiga kami singgah ialah kedai kekacang.  Disini ramai orang Malaysia dan Singapura membeli. Paling popular kat sini cashew nuts, kacang gajus. Memang macam-macam jenis perisa boleh dapat dan semestinya sangat sedap.
Berkotak-kotak orang kita membeli disini.  Harga pun of course murah berbanding di sempadan tapi sorry tak ingat berapa RM.




Selesai itu kami singgah makan di restoran Islam. Tak ingatlah nama restoran ni tapi besar dan bersih kedainya. Ramai orang Malaysia yang makan dikedai ni. Makanan dia rasanya tak perlulah nak diceritakan lebih-lebih kang terlioq tak habis lagi-lagi Tom Yam. My favourite food all the time. *Lapaq pulak dah.


 * I still remember the taste!!

* Inilah kedainya. Besar juga kedainya. Dua pintu.


Terus perut kenyang kami pergi ke hotel kami ditengah Hatyai iaitu Hatyai Central Hotel. Rate hotel ni 3 bintang. Sekadar untuk tidur okaylah. Roommate saya muda 2 tahun dari sy nama dia Ika. Mujur ada geng sebaya. hihi.  The prices tak pasti sebab ikut trip kan. Semua dah diuruskan. 


* Saya dan omak dihadapan hotel.


Petang tu kami sneak peek di pekan Hatyai naik Tuk Tuk.  Jalan-jalan je melihat kawasan dan makan street food. Kami try makan bihun + kuah masak lemak cili api. Lepas balik dari Hatyai saya post gambar tu di Facebook baru saya tahu rupanya itu laksa siam. 


Gambar makcik tu tak sempat ditangkap sebab makcik tu busy kerja seorang.  Yang payahnya language barrier. Makcik tu hanya cakap Siam je. Harga makanan tak ingat sebab tak faham macam itik dengan ayam. Hehe



Hari kedua

                      Pada hari kedua ni kami pergi ke tempat menarik di Hatyai dan Songkhla.  Pagi tu kami cari sarapan sendiri, mujurlah ada kedai Islam dekat juga dengan hotel. Makanan pun boleh tahan sedapnya. 


*Kacang tu memang ada orang yang menjual. Kacang bakar.


*Ini saya makan. Katanya Nasi Lemak tapi macam nasi ayam :D



 *Yang ini mak makan. Saya rasa kerabu kot. Haha




Tempat pertama Samila Beach, Songkhla. Di Songkhla ni ada kedutaan Malaysia.  Tarikan paling popular disini ialah Ikan Duyung dibawah ni yang diperbuat daripada tembaga. Agak besar jugak ikan duyung ni. Pantai ni memang cantik dan besar.  Ada juga kuda yang boleh kita nak try tunggang.Tak silap waktu tu punya price nak tunggang RM2.  Saya tak naik pun :p

*Sejarah The Golden Mermaid.

Di area pantai ni ramai yang meniaga, Macam-macam jenis makanan.
Antara yang sedap buah mangga serbuk cili gula. Pergh sedap.



Di area parking bas ada jual ais krim kelapa. Ni memang original punya ais krim kelapa sebelum popular di Malaysia.  Memang sedap sampai terfikir kalau jual kat Malaysia mesti laku. Sekali haaa macam-macam inovasi dah orang Malaysia tambah. :D   


Kami behenti solat Zohor di Masjid Besar Songkhla.  Memang besar dan cantik. 




Tempat kedua kami pergi ialah Chang Puak Camp.  Kat sini boleh naik gajah. Honestly harga dia sangatlah tak berbaloi semata-mata nak naik gajah. Waktu tu saya kena 500baht (RM50). Dan saya ada terbaca kat sini boleh je dapat lagi murah sampai 200baht cuma nasib saya tak berapa nak baik waktu tu cuti sekolah. Seronok lah depa up kan harga.. Seekor gajah boleh naik dua orang je. Niat nak naik gajah seorang-seorang terganggu sebab ada seorang budak tu nak follow naik jugak.  Tak seronok tau. Baru nak fefeeling sorang-sorang.


 *cute sangat yang ni bawa anak


 *yang ni tempat nak naik gajah tu.


Dan tempat terakhir kami pergi adalah Khlong Hae Market iaitu pasar terapung.  Tips kat Hatyai ni senang je. Cari peniaga yang pakai tudung dan tulis kalimah Allah atau Muhammad S.a.w  maksudnya peniaga-peniaga tu orang Islam.  Kita boleh membeli dengan mereka tanpa was-was. InsyaAllah.



*Hello Kitty tu saya beli 250 baht (RM2.50). Ada simpan sampai sekarang.




Selesai membeli-belah makanan kami pun pulang balik ke hotel.  Petang tu saya ikut yang lain keluar ke bandar. Mak ayah tak ikut sebab dah letih. Nak lihat macam mana suasana di bandar Hatyai. Kami pergi merata sebab nak mencari tempat untuk buang duit. Hehehe.  



 *Ni lorong gelap. Jual barang-barang tak senonoh. >.<




Petang sehingga malam kami berjalan di bandar Hatyai. Waktu nak masuk dalam Lee Garden Plaza tu kami kena check beg sebab waktu tu tengah busy pilihanraya Thailand. Baju merah lah, baju kuning lah. Memang beberapa ahri tu nampak penyokong-penyokong berjalan atas jalan. Pekedai-pekedai semua pakat dengar radio update pasal pilihanraya.  Waktu check beg tu seriau gak lah sebab kena check bom. haa~

Disebabkan tak tahu nak kemana kami pun tanyalah orang yang bawa Tuk tuk kat mana boleh berjalan.  Mereka kata ada pasar malam tapi jauh sedikit dari area bandar tu.  Alhamdulillah rezeki kami pasar malam tu buka dan ternyata sangat besar.  Disini saya tak beli apa-apa makanan cuma minum air je.





Nampak macam sedap tapi tak beranilah nak try. Mengambil kira penjualnya bukan bertudung sebab tourist guide saya kata kalau nak membeli makanan tengok pada mereka yang bertudung dan di kedai mereka ada sticker kalimah ALLAH atau Muhammad.

Esoknya nak balik kami serbu ke kawasan membeli belah. Memang banyak sangat kedai disitu. Macam-macam mak ayah beli untuk cucu menantu. Salah satu contoh dibawah ni kedai beg.  Bayangkan kalau kedai kasut penuh macam di Pasar Payang gamaknya.




Matawang Baht Thailand. 


Belanja view.








Terima kasih membaca. :)